Malang berganda menimpa Barcelona - Utusan Malaysia

Malang berganda menimpa Barcelona

Ousmane Dembele
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Begitulah nasib Barcelona apabila menerima perkhabaran buruk, bintang penyerang mereka, Ousmane Dembele dihimpit kecederaan hamstring, sehari selepas gergasi bola sepak Sepanyol itu kalah mengejut 2-1 kepada Cadiz.

“Ia hanya kecederaan ringan dan pemulihan bergantung kepada tahap kemampuannya,” kata Barcelona dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, media Sepanyol menjangkakan pemain antarabangsa Perancis itu terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya dua minggu.

Dembele mengalami kecederaan serius di bahagian sama musim lalu dan hanya beraksi sembilan kali untuk Barcelona.

Musim ini dia sudah beraksi 12 kali dan meledak empat gol, termasuk ketika mengalahkan Ferencvaros 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu dibawa masuk pada separuh masa kedua di Cadiz, semalam ketika Barcelona sudahpun ketinggalan 1-2.

Dembele menyertai senarai beberapa lagi tonggak Barca yang mengalami kecederaan termasuk Ansu Fati, Sergi Roberto dan Gerard Pique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya