Liverpool patut salahkan diri sendiri - Utusan Malaysia

Liverpool patut salahkan diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp berkata, Liverpool patut menyalahkan diri sendiri selepas gagal mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam aksi Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri.

Tandukan Semi Ajayi lapan minit sebelum tamat perlawanan membolehkan West Brom mengikat Reds 1-1 di Anfield pagi tadi.

Liverpool mensia-siakan kelebihan yang diperoleh menerusi Sadio Mane, yang terdahulu meletakkan tuan rumah di depan pada awal babak pertama.

Reds juga terlepas beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan, termasuk tandukan Roberto Firmino yang dinafikan Sam Johnstone pada minit ke-89.

“Salah kami sendiri.

“Kami memberikan mereka sepakan penjuru yang mudah dan itu satu-satunya perkara yang dimahukan lawan malam ini.

“Hanya kerana kesilapan itu juga kami hanya dapat satu mata dan bukan tiga,” kata Klopp.

Liverpool masih mendahului liga dengan kelebihan tiga mata ke atas Everton, namun mereka terlepas peluang untuk melebarkan jurang.

West Brom pula kekal di tangga kedua tercorot dengan lima mata dipisahkan dari zon selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN