Liverpool kenduri gol - Utusan Malaysia

Liverpool kenduri gol

MOHAMED Salah meraikan jaringan ketujuh Liverpool ketika menumpaskan Crystal Palace 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas merampas takhta dan menumpaskan Tottenham 2-1 Khamis lalu, Liverpool semakin bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila berpesta gol membelasah Crystal Palace 7-0 di tempat lawan, sebentar tadi.

Dua gol Roberto Firmino dan Mohamed Salah, manakala satu jaringan masing-masing menerusi Takumi Minamino, Sadio Mane dan ketua pasukan, Jordan Henderson memastikan Reds mengukuhkan kedudukan pendahulu liga dengan 31 mata, enam mata mengatasi Tottenham.

Henderson mengakui, biarpun beberapa kali pasukannya melakukan kesilapan, namun ‘kekejaman’ dan aksi tanpa belas kasihan memastikan Liverpool pulang bersama kemenangan besar.

“Ini persembahan terbaik kami musim ini. Saya tidak bercakap tentang jumlah gol semata-mata tetapi secara keseluruhan.

“Dari pertengahan minggu hingga sekarang, kami mengekalkan momentum. Ia cara yang baik untuk menyambut Krismas.

“Yang mana satu gol terbaik pasukan? Jaringan Mo (Salah) yang terakhir. Penamat yang hebat,” kata Henderson.

Skuad bimbingan Jose Mourinho, Tottenham bagaimanapun mampu merapatkan jurang jika mengalahkan Leicester City esok, manakala Southampton akan melonjak ke tangga kedua liga sekiranya mengejutkan Manchester City di tempat sendiri pukul 11 malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN