Liga M sambut penonton di stadium? - Utusan Malaysia

Liga M sambut penonton di stadium?

LIGA Jepun sudah membenarkan kemasukan penonton ke stadium dengan jumlah yang terhad dan melalui SOP ketat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan membenarkan peminat kembali ke stadium menonton aksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan wajar dipertimbangkan kerana ia mampu menarik penajaan.

Sepanjang penularan pandemik Co­vid-19, kebanyakan pasukan termasuk pengendali Liga M, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerima kesan buruk apabila hilang penaja dan pendapatan.

Bagaimanapun di peringkat awal, kemasukan penyokong ke stadium perlu dihadkan kepada jumlah kecil sebagai percubaan, manakala prosedur operasi standard (SOP) ketat perlu dilaksanakan bagi mengelak berlaku kluster Liga M.

“Memang seronok kalau dapat kembali ke stadium, kami pun dah dekat setahun tidak tengok bola live tapi perlu ikut SOP ketat.

“Untuk permulaan, kita hadkan kemasukan, contoh 1,000 ke 2,000 orang.

“Jumlah kecil senang pantau, keluarkan mereka dari stadium kalau tak mahu ikut peraturan kerana sekarang semua kena ikut norma baharu,” kata Presiden Kelab Penyokong Selangor, Haniff Rana Manzoor kepada Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Johor Darul Ta’zim, Azman A. Jalil meminta sejumlah kecil penyokong dibenarkan memasuki stadium pada musim 2021.

Malah, mereka sedia menjalani protokol dan SOP yang ketat demi menjaga keselamatan asalkan dibenarkan memasuki stadium.

Katanya, pihak berkuasa di Malaysia boleh menjadikan Liga Jepun (Liga J) sebagai contoh terbaik apabila mereka membenarkan kemasukan penyokong memasuki stadium dengan jumlah terhad.

“Cadangan kemasukan penyokong ke stadium amat baik, khususnya buat pemegang pas bermusim, sebab mereka sudah lama tidak ke stadium.

“Bagaimanapun dalam keadaan sekarang, peraturan ketat perlu dikenakan kerana ­situasi semasa ini agak berbahaya.

“Pemantauan pihak berkuasa dengan kerjasama marsyal stadium, saya rasa mudah untuk kita pantau mana-mana penyokong yang tidak ikut peraturan.

“Kalau penyokong tidak boleh ikut peraturan, halang saja daripada ke stadium,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya