Leao ledak gol terpantas Serie A - Utusan Malaysia

Leao ledak gol terpantas Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Penyerang AC Milan, Rafael Leao meledak gol terpantas dalam sejarah Serie A, hanya enam saat selepas perlawanan bermula ketika membantu pasukannya menumpaskan Sassuolo 2-1 pagi tadi.

Kemenangan itu mengekalkan Milan di puncak liga dan berada pada landasan terbaik untuk merangkul gelaran Serie A pertama sejak 2011.

Milan melancarkan asakan sebaik sahaja wisel permainan ditiupkan, dan pemain  Turki, Hakan Calhanoglu mengumpan bola kepada Leao.

Gol terpantas Serie A sebelum ini dilakukan pemain Piacenza, Paolo Poggi ketika menentang Fiorentina pada Disember 2001, iaitu lapan saat selepas permainan bermula.

Inter Milan mengekori Milan dengan satu mata di belakang selepas skuad kendalian
Antonio Conte itu menewaskan Spezia 2-1, manakala Juventus empat mata di belakang pendahulu.

“Kami ada empat atau lima cara untuk melakukan sepak mula dan Leao sudah bersedia dengan semuanya.

“Memenangi perlawanan ini memberi kesan besar terhadap psikologi pasukan,” kata pengendali Milan, Stefano Pioli. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN