KL Thunder dinobat juara STL hari ini? - Utusan Malaysia

KL Thunder dinobat juara STL hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memegang rekod 15 perlawanan tanpa kalah, Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder) mampu dinobat sebagai juara Liga Sepak Takraw (STL)  lebih awak jika menumpaskan PDRM Defenders hari ini.

Dengan saingan berbaki tiga perlawanan, skuad ibu kota itu hanya memerlukan satu  kemenangan untuk mengesahkan gelaran selepas mengumpul 30 mata.

Mereka jauh meninggalkan pencabar rapat, ATM Guardians yang mengekori di tangga kedua dengan 24 mata, manakala Johor Tigris ketiga menerusi 22 mata.

Hanya keajaiban mampu menghalang KL Thunder yang tidak sabar untuk membenam PDRM Defender di Stadium Titiwangsa pukul 3 petang ini.

ATM Guardians akan bersaing dengan Johor Tigris untuk kedudukan naib juara. 

Biarpun hanya menunggu masa untuk dinobat sebagai juara STL 2020, pengurus KL Thunder, Zambri Abdul Rahman tidak mahu pasukannya terlalu yakin.

“Keputusan belum memihak kepada kita tapi kita berada di landasan terbaik. Saya minta semua pemain fokus 100 peratus kepada perlawanan,” kata Zambri.

Bagaimanapun kata Zambri, KL Thunder tetap menurunkan skuad terbaik hari ini biarpun berdepan PDRM yang menghuni tangga tercorot liga.

“Mungkin ada sedikit perubahan bagi memberi laluan kepada pemain yang belum beraksi tapi secara keseluruhan kita tetap turunkan barisan terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya