Kebangkitan United luar biasa - Utusan Malaysia

Kebangkitan United luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer ‘sangat, sangat gembira’ dengan prestasi Manchester United ketika mengalahkan West Ham 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

United beraksi hambar pada babak pertama untuk membolehkan Hammers mendahului menerusi Tomas Soucek.

Marcus Rashford dan Bruno Fernandes dibawa masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua sebelum Paul Pogba, Mason Greenwood serta Rashford meledak gol untuk membantu kebangkitan Red Devils.

Solskjaer mengakui pemainnya tidak bermain bagus di awal permainan, namun gembira dengan tindak balas yang ditunjukkan selepas rehat.

“Pada akhirnya di hujung musim, orang tidak peduli persembahan anda, mereka hanya melihat keputusan.

“Kami tidak bermain baik pada separuh masa pertama dan semua pemain sedar mereka perlu memperbaiki keadaan.

“Memasuki babak kedua, mereka menunjukkan kualiti sebenar dan ia terbukti dengan tiga gol. Kebangkitan yang hebat,” kata Solskjaer kepada Sky Sports.

Kemenangan melonjakkan United ke tangga keempat liga dengan 19 mata, namun Leicester City mampu memintas jika menewaskan Sheffield United malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya