Katakan tidak kepada perkauman - Utusan Malaysia

Katakan tidak kepada perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mempertahankan tindakan pasukannya dan Istanbul Basaksehir tidak meneruskan aksi Liga Juara-Juara semalam kerana wujud unsur perkauman.

Pegawai keempat perlawanan didakwa menggunakan kata-kata berbaur perkauman terhadap pembantu jurulatih Basaksehir, Pierre Webo yang berasal dari Cameroon.

Insiden itu berlaku ketika Neymar sering memperjuangkan kempen ‘perkauman tiada tempat dalam bola sepak dan kehidupan.’

“Kami tidak boleh terima apa yang berlaku.

“Selagi masih hidup, kita tidak boleh menerima perbezaan yang dibuat berdasarkan warna kulit atau bangsa,” kata Neymar kepada penyiar Perancis, RMC Sport selepas meledak hatrik dalam perlawanan yang disambung semula pagi tadi.

NEYMAR meledak hatrik untuk kemenangan 5-1 PSG.

Hatrik Neymar, selain dua gol Kylian Mbappe memastikan PSG menang 5-1 untuk muncul juara Kumpulan H.

Aksi di Paris semalam terhenti pada minit ke-14 selepas Webo berang dipanggil si ‘hitam’ oleh pegawai perlawanan dari Romania.

Basaksehir enggan kembali ke padang melainkan pegawai itu dikeluarkan, dan permainan terpaksa disambung 24 jam kemudian dengan pengadil baharu.

Sementara itu, badan induk bola sepak Eropah, UEFA membuka siasatan terhadap insiden berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya