Kalau bukan lelaki mungkin wanita ke Piala Dunia? - Utusan Malaysia

Kalau bukan lelaki mungkin wanita ke Piala Dunia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kecewa entah bila dapat menyaksikan skuad lelaki beraksi di Piala Dunia, pasukan bola sepak wanita negara bagaimanapun ‘senyap-senyap’
mengorak langkah untuk bersaing di pentas berprestij itu.

Hasrat skuad wanita negara untuk mengikuti jejak Thailand beraksi dalam Piala Dunia mampu tercapai apabila ‘Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) versi perempuan’ diperkenalkan Februari depan.

Jurulatih wanita kebangsaan, Jacob Joseph berkata, Malaysia mampu mengatasi dua gergasi Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand dalam tempoh 10 tahun jika program itu berjalan lancar.

“Kita akan lancarkan program ala NFDP tetapi versi perempuan tahun depan. Sepatutnya ia bermula tahun ini, namun disebabkan pandemik Covid-19, jadi tertangguh.

“Dalam 20 pusat akan diwujudkan di seluruh negara untuk menempatkan tunas.

“Terima kasih kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) terutama Presiden, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Datuk
Suraya Yaacob (Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita) kerana serius dalam hal ini.

“Kalau ikut kedudukan di Asia Tenggara, Malaysia di tempat kelima. Vietnam sekarang No. 1, diikuti Thailand, Myanmar dan Filipina.

“Bagaimanapun saya yakin, kalau kita ikut acuan NFDP versi perempuan, dalam tempoh 10 tahun kita mampu mengatasi mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Biarpun Malaysia hanya menghuni tangga ke-90 dunia, bagaimanapun dua pemainnya berjaya menembusi Eropah dengan Celine Chuang membarisi skuad bawah 17 tahun (B-17) Bayern Munich di Jerman dan
Berlin Leong beraksi dalam Liga
Remaja Sepanyol bersama FC Pozuelo.

Berlin, 19, membuat penampilan sulungnya bersama FC Pozuelo ketika pasukan itu tewas 0-4 kepada Real Madrid B, Ahad lalu.

Kata Jacob, bermula tahun depan pembangunan bola sepak wanita akan berwajah baharu dengan tidak bergantung kepada Piala Tun Sharifah Rodziah
semata-mata.

“Kami akan adakan pertandingan bawah 12 tahun pada cuti sekolah termasuk Liga Puteri B-17. Setiap bulan juga akan ada Liga Sosial.

“Kita juga akan adakan Liga Wanita Kebangsaan yang dibahagikan kepada lima zon.

“Juara dan naib juara layak ke Piala
Tun Sharifah Rodziah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN