Jurulatih Malaysia B-23 bukan keutamaan FAM - Utusan Malaysia

Jurulatih Malaysia B-23 bukan keutamaan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Posisi pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara sudah hampir setahun kosong selepas kali terakhir kedudukan itu disandang Datuk Ong Kim Swee.

Jawatan itu belum lagi diganti mana-mana jurulatih selepas Kim Swee menerima tugasan baharu sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM awal tahun ini.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak terburu-buru untuk mengisi kekosongan memandangkan tiada kejohanan besar melibatkan pasukan berkenaan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata posisi jurulatih skuad B-23 bukan menjadi keutamaan buat FAM ketika ini, ekoran pandemik Covid-19 yang menyaksikan tiada pertandingan melibatkan pasukan tersebut.

“Bukan menjadi kebiasaan buat FAM untuk menangguhkan pelantikan ketua jurulatih baharu tetapi untuk skuad B-23, ia bukan menjadi kepentingan kerana tiada kejohanan pada tahun ini.

“Kekangan pandemik Covid-19 juga memerlukan FAM perlu bijak menggunakan sumber kewangan kerana agak rugi jika kita lantik jurulatih baharu tanpa sebarang kejohanan.

“Mungkin jika ada pertandingan melibatkan skuad B-23 negara tahun depan seperti temasya Sukan SEA, kita akan berikan tugasan tersebut buat jurulatih yang sudah ada kontrak di FAM,” katanya.

BRAD MALONEY

Sementara itu, Stuart turut mengesahkan khidmat ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney dilanjutkan sehingga tamat kempen Kejohanan AFC B-19 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada Mac depan.

“Kontrak Brad kita lanjutkan sehingga selesai Kejohanan AFC B-19 dan jika dia berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI), mungkin kita akan lanjutkan.

“Cuma, mengenai posisi Pengarah Teknikal FAM masih lagi dalam perbincangan selepas kontrak Peter de Roo berakhir pada bulan ini,” ujarnya.

Difahamkan, Kim Swee dijangka bakal mengisi kekosongan Pengarah Teknikal FAM yang baharu manakala kerusi pengendali skuad B-23 negara akan diserahkan kepada penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan, S. Balachandran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya