Joshua tumpaskan Pulev menerusi KO - Utusan Malaysia

Joshua tumpaskan Pulev menerusi KO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anthony Joshua membuka pintu kepada pertarungan merebut gelaran heavyweight dunia menentang Tyson Fury selepas menumpaskan petinju Bulgaria, Kubrat Pulev menerusi knockout (KO) pada pusingan kesembilan di SSE Arena, London sebentar tadi.

Bertarung di depan 1,000 penonton yang dihadkan kerana Covid-19, petinju Britain itu memastikan kekalahan mengejut kepada Andy Ruiz Jr. tahun lalu tidak berulang.

Pulev, 39, hanya pernah kalah sekali dalam kariernya kepada Wladimir Klitschko pada 2014, namun hari ini dia nyata bukan tandingan Joshua.

Dua kali Pulev diberikan kiraan oleh pengadil pada pusingan ketiga selepas diasak Joshua.

Joshua, juara dunia IBF, WBA dan WBO kemudian membuat kejutan dengan memperlahankan rentak bagi membolehkan Pulev terus bertarung.

Namun pada pusingan kesembilan, tiga tumbukan pantas membuatkan Pulev rebah dan kali ini dia tidak mampu bangun mengikut masa ditetapkan, sekali gus membolehkan Joshua melebarkan rekod kepada 24-1.

“Sesiapa pun yang memegang tali pinggang (kejuaraan dunia) saya mahu tentang. Kalau orangnya adalah Tyson Fury, maka saya akan lawan Tyson Fury,” kata Joshua.

Reaksi Joshua itu pantas disambut oleh Fury dalam media sosial.

“Kalau Joshua minta untuk bertarung, dia akan mendapat pertarungan itu.

“Saya mahu bertarung. Saya akan tumbangkan dia dalam tiga pusingan. Saya tidak sabar mahu menumbangkannya,” kata Fury. – AGENSI,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya