Jones wira Liverpool - Utusan Malaysia

Jones wira Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp memuji barisan pemain muda yang membantu Liverpool menundukkan Ajax 1-0 dalam saingan Juara-Juara pagi tadi, sekali gus membawa mereka ke peringkat kalah mati.

Pemain berusia 19 tahun, Curtis Jones meledak gol tunggal perlawanan, manakala penjaga gol muda, Caoimhin Kelleher memastikan gawang Reds tidak dibolosi dalam penampilan sulung.

Liverpool turut menurunkan pertahanan remaja berusia 19 tahun, Neco Williams dalam kesebelasan utama menggantikan Trent Alexander-Arnold dan James Milner yang cedera.

Reds mengungguli tangga teratas Kumpulan D dengan 12 mata, sekali gus membolehkan Klopp merehatkan tonggak utamanya dalam aksi terakhir menentang Midtjylland minggu depan.

“Sejujurnya, sejak tiba di Liverpool, ini antara malam Liga Juara-Juara terbesar buat saya.

“Tanpa kehadiran penyokong di stadium, ia perlawanan penting, sukar dan luar biasa,” kata Klopp yang dua kali membawa Reds ke final, dan muncul juara tahun lalu.

Kelleher, 23, menggantikan Alisson yang menyertai senarai kecederaan, manakala Andrew Robertson bermain dengan buku lali berbalut pada babak pertama.

Selain Alexander-Arnold dan Milner, antara tonggak Liverpool yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan adalah Virgil van Dijk, Joe Gomez, Naby Keita dan Thiago Alcantara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya