Jersi 'Tangan Tuhan' bukan untuk dijual! - Utusan Malaysia

Jersi ‘Tangan Tuhan’ bukan untuk dijual!

Steve Hodge bersama jersi yang dipakai Diego Maradona pada suku akhir Piala Dunia 1986. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain tengah England, Steve Hodge menegaskan, jersi yang dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan dua gol ikonik menentang Three Lions pada suku akhir Piala Dunia 1986 bukan untuk dijual.

Hodge bertukar jersi dengan Maradona yang meninggal dunia pada usia 60 tahun minggu lalu selepas tamat perlawanan yang menyaksikan legenda Argentina itu menjaringkan gol terkenal ‘Tangan Tuhan’, disusuli jaringan kedua yang menakjubkan untuk membantu pasukannya menang 2-1.

Jersi itu kini dipamerkan di Muzium Bola Sepak Kebangsaan di Manchester, England.

Kata Hodge, sejak beberapa hari lalu dia menerima banyak pertanyaan mengenai jersi tersebut dan menolak dakwaan hanya melayani tawaran yang mencecah tujuh angka.

“Saya menyimpan jersi tersebut sepanjang 34 tahun dan tidak pernah berniat menjualnya.

“Saya suka memilikinya kerana ia punya nilai sentimental yang hebat,” kata Hodge kepada saluran sukan BBC.

Menurut Hodge, pintu rumahnya ‘diketuk’ hampir setiap hari dan banyak stesen televisyen serta radio menghubunginya untuk bertanyakan mengenai jersi tersebut, termasuk dari luar negara.

“Saya rasa tidak selesa. Saya juga ada baca beberapa kenyataan dalam Internet yang mendakwa saya mahukan satu atau dua juta pound sebelum bersetuju menjualnya.

“Itu sama sekali tidak benar dan mereka tidak menghormati saya. Jersi tersebut bukan untuk dijual dan saya tidak pernah bercadang menjualnya,” katanya.

Kata Hodge, biarpun jaringan kontroversi ‘Tangan Tuhan’ Maradona, yang dihasilkan dengan menggunakan tangan menimbulkan kemarahan ramai orang England, namun dia tidak pernah berdendam dengan bintang Argentina tersebut.

“Seluruh dunia menghormati dan menghargai kebijaksanaan Maradona dan perlawanan itu tidak akan dilupakan dalam sejarah bola sepak,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya