JDT sambar bakat muda Indonesia - Utusan Malaysia

JDT sambar bakat muda Indonesia

Syahrian Abimanyu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Setelah mengumumkan Danial Amier Norhisham sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam, skuad Harimau Selatan itu hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Indonesia, iaitu Syahrian Abimanyu.

Menerusi satu kenyataan dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi kelab bola sepak itu, pemain berusia 21 tahun berkenaan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang JDT.

“Kelab Bola sepak JDT telah menandatangani bekas pelatih Levante berusia 21 tahun, Syahrian Abimanyu dari Indonesia.

“Ini sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab,” jelas kenyataan ringkas tersebut.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Danial Amier yang sebelum ini bermain untuk Felda United bakal menyarung jersi Harimau Selatan dengan kontrak selama dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN