JDT, Perak calon kelab popular ASEAN - Utusan Malaysia

JDT, Perak calon kelab popular ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengetuai pencalonan 10 kelab bola sepak popular Asia Tenggara.

Turut dicalonkan dalam anugerah anjuran badan bola sepak Asia, AFC itu ialah juara Piala Malaysia 2018, Perak.

Indonesia mendominasi senarai pencalonan menerusi Persija Jakarta, Persib, Persebaya Surabaya dan Arema FC.

Vietnam menempatkan dua calon Hanoi FC dan Hoang Anh Gia Lai, manakala Thailand dan Australia masing-masing dengan satu pencalonan Buriram United serta Western Sydney Wanderers.

Peminat bola sepak boleh mengundi pasukan yang diminati di laman web: http://bit.ly/MPC_ASEAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN