JDT jalin kerjasama dengan Spartan - Utusan Malaysia

JDT jalin kerjasama dengan Spartan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjalinkan perjanjian dengan sebuah jenama antarabangsa, Spartan untuk membawa acara ‘Spartan Stadion’ ke Stadium Sultan Ibrahim.

Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini.

Perjanjian komersial ini bakal menyaksikan acara ‘Spartan Stadion’ akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim setiap Jun.

Spartan Stadion merupakan sebahagian daripada tambahan senarai usaha sama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Sunway, SWAG, Nike dan Hublot.

“Perjanjian ini selari dengan strategi antarabangsa JDT untuk membawa ribuan peserta dari luar negara untuk merasai sendiri laman Harimau Selatan dan hospitaliti JDT setiap tahun.

“Ini sekali gus mengembangkan lagi jenama JDT di samping menjana pendapatan komersil untuk kelab. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan itu lagi. 

Jalinan kerjasama itu secara tidak langsung akan terus mengukuhkan kedudukan JDT sebagai kuasa besar di dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya