Janji risiko paling minimum - Utusan Malaysia

Janji risiko paling minimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak kira betapa sukar proses perlu dilalui atau berapa jumlah penyokong dibenarkan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan peminat dapat kembali ke stadium apabila Liga Malaysia (Liga M) 2021 bermula Februari ini.

Sejak Covid-19 menular di Malaysia, penyokong tidak dibenarkan menonton perlawanan di stadium dan kali terakhir Liga M berlangsung dengan kehadiran peminat pada 11 Mac lalu.

Membenarkan penonton masuk dalam jumlah kecil dan ditempatkan di lima zon berbeza antara cadangan MFL ketika membuat pembentangan kepada Jawatankuasa Bertindak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat pertama kelmarin.

“Pembahagian penyokong mengikut zon khusus. Dalam satu zon mungkin akan ada antara 300 ke 500 orang.

“Jika ada sebarang perkara berlaku, senang untuk dikesan tidak perlu melibatkan semua.

“Kami juga mencadangkan penjualan tiket hanya dilakukan dalam talian. MFL dan semua pasukan bersedia menjalani SOP (prosedur operasi standard) ketat asalkan penonton boleh masuk,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan kepada Utusan Malaysia semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan beberapa kelab penyokong sanggup mematuhi SOP ketat, selain berjanji tidak akan melanggar peraturan jika dibenarkan ke stadium.

MFL pernah bercadang membawa penyokong ke stadium dalam Piala Malaysia, malangnya kejohanan itu dibatalkan.

“Kehadiran penyokong ke stadium penting kerana kami mahu bantu pasukan mendapat duit selain menarik penajaan,” katanya.

MFL perlu menghadiri beberapa siri mesyuarat bagi memastikan kelancaran liga serta meyakinkan MKN.

England menjadi negara terbaharu membenarkan peminat mema suki stadium dengan membuka pintu kepada 1,000 hingga 2,000 penonton dalam aksi Liga Kejuaraan, Liga Satu dan Liga Dua semalam.

Malah, kelab Liga Perdana, Arsenal juga menyambut kehadiran penonton di stadium buat kali pertama pagi tadi ketika menentang Rapid Wien dalam saingan Liga Europa di Emirates.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya