Everton lebur rekod bersih Blues - Utusan Malaysia

Everton lebur rekod bersih Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Chelsea terlepas peluang untuk melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas sepakan penalti Gylfi Sigurdsson membantu Everton menang 1-0 ke atas Blues pagi tadi.

Ini kekalahan pertama mereka selepas 18 perlawanan, sekali gus meninggalkan anak-anak buah Frank Lampard di tangga ketiga dengan dua mata di belakang Tottenham dan Liverpool.

Everton pula melonjak ke tangga ketujuh dengan 20 mata, satu mata dipisahkan dari kedudukan empat terbaik.

Reece James dan Mason Mount masing-masing memperoleh peluang keemasan buat Chelsea, namun pasukan pelawat terpaksa membayar harga tinggi atas tindakan keras penjaga gol, Edouard Mendy.

Everton dihadiahkan penalti selepas Mendy menjatuhkan Dominic Calvert-Lewin ketika penyerang lawan itu bersedia melakukan percubaan selepas menerima hantaran jauh Jordan Pickford.

Kemenangan itu juga membolehkan pengendali Everton, Carlo Ancelotti menebus dendam atas kekalahan 4-0 kepada bekas pasukannya musim lalu.

Gol tunggal Sigurdsson yang hadir pada minit ke-22 bukan sahaja menceriatakan 2,000 penonton di Goodison Park, malah memberikan ‘hadiah Krismas’ awal buat pengendali dari Itali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya