Eky sah milik Red Giants - Utusan Malaysia

Eky sah milik Red Giants

Shahrel Fikri Md. Fauzi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor bakal memiliki serangan paling ampuh dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila mengesahkan bintang penyerang Harimau Malaya, Shahrel Fikri Md. Fauzi menjadi senjata baharu Red Giants.

Shahrel, 26,  yang muncul penjaring tempatan terbanyak Liga Super 2020 akan membentuk kombinasi bersama pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun dan penjaring gol terbanyak Liga Perdana 2020, Ahmad Danial Asri.

Penghijrahan ini juga menyaksikan dia bakal bergandingan dengan dua lagi bekas pemain Perak Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan yang baru pulih dari kecederaan dan bakal kembali bersama pasukan utama menjelang awal musim hadapan.

Terkenal dengan panggilan ‘Eky’ dalam kalangan pemerhati bola sepak Malaysia, Shahrel dinobatkan sebagai salah seorang penyerang tempatan terbaik setelah berjaya meledak 10 gol dari 10 perlawanan untuk musim lalu.

Bersama pasukan kebangsaan pula, dia sering disenaraikan dalam kesebelasan utama dan diberi kepercayaan oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk mengemudi barisan serangan bersama Syafiq Ahmad dan Mohamadou Sumareh.

Ifedayo Olusegun

Eky  telah melakukan 14 penampilan dan menjaringkan lima gol setakat ini untuk skuad kebangsaan.

“Eky (Shahrel) adalah salah seorang pemain yang berbakat besar. Kita sudah lama memerhati dan mengikuti perkembangannya sebagai pemain Perak dan pemain kebangsaan.

“Alhamdulillah, setelah beberapa bulan, jurulatih Michael (Feichtenbeiner) dan jurulatih Karsten (Neitzel) sangat gembira kerana Selangor FC telah berjaya mendapatkan Shahrel sebagai pemain utama dan pemain ‘marquee’ kita untuk musim akan datang.

“Eky sudah membuktikan keupayaan dan ketajaman beliau mencabar pemain asing dalam menjaringkan gol pada musim lalu.

“Di sini, kami percaya bahawa Eky boleh menjadi pemain yang lebih baik dari prestasi semasa beliau dan mampu untuk naik ke tahap yang lebih baik, selain menjadi pemain penyerang penting untuk membawa lebih banyak kemenangan bagi pasukan Selangor dan juga skuad kebangsaan,” ujar Ketua Pengawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya