E-sukan tawar emas Sukan Asia 2022 - Utusan Malaysia

E-sukan tawar emas Sukan Asia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: E-sukan secara rasmi akan menawarkan pingat dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Jawatankuasa Penganjur mengumumkan perkara itu menerusi platform media sosial Weibo kelmarin selepas Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA) ke-39 di Muscat, Oman.

Hangzhou 2022 adalah edisi ke-19 temasya dan akan berlangsung dari 10 hingga 25 September.

E-sukan diperkenalkan buat kali pertama dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia, namun ia hanya acara petunjukan ketika itu.

E-sukan diperkenalkan sebagai acara petunjukan di Sukan Asia 2018, Indonesia.

Pemain permainan mudah alih League of Legends dari China memenangi pingat emas di Jakarta dua tahun lalu.

Bagaimanapun acara apa bakal dipertandingkan di Hangzhou belum diputuskan.

Dua tahun lalu, lima acara mendapat tempat di Temasya Jakarta iaitu League of Legends, Arena of Valor, Pro Evolution of Soccer 2018, StarCraft II, Hearthstone dan Clash Royale.

Selain memenangi emas League of Legends, China turut menjuarai acara Arena of Valor.

Sementara itu, Jawatankuasa Penganjur Hangzhou 2022 juga mencadangkan sukan breakdance, yang mendapat tempat pada  Olimpik 2024 di Paris, dan ia mendapat kelulusan OCA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya