Direbus tak empuk - Utusan Malaysia

Direbus tak empuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) sekali lagi menggunakan cara yang kreatif untuk mengajar orang ramai megenai peribahasa Melayu.

Malangnya, kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal sekali lagi dijadikan contoh selepas kekalahan 2-1 pasukan itu kepada Everton pagi tadi.

Lebih mencuit hati, Facebook rasmi DBP turut membandingkan nasib Gunners dengan pesaing mereka, Liverpool yang menang besar 7-0 ke atas Crystal Palace pada hari yang sama.

Peribahasa: Direbus tak empuk.

Maksud: Sangat sukar dikalahkan.

Contoh: “Pasukan Arsenal kalah sekali lagi? Lebih baik kau sokong pasukan Liverpool yang bagai direbus tak empuk itu,” kata Salahudin kepada Zul Arteta.

Entri tersebut menerima 3,400 tanda suka, lebih 700 komen dan 2,000 perkongsian.

“Level troll gini bagi kami peminat Arsenal tak terkesan sekelumit pun.

“Alhamdulillah, 17 tahun kami dilatih tak menang liga sedang membuahkan hasil. Kami sudah terlebih awal membina kekuatan sistem imuniti kami,” tulis pengguna akaun Facebook, Mohamad Jamalee.

“Hiasan indah tujuh dulang, Apakan daya tidak dibalas, Takkan mudah menjadi lalang, Sokong setia hendaklah ikhlas,” balas Marcovy Duwin.

“Sementera itu, hajat MU untuk mnyaksikan Liverpool kalah bagai ‘menunggu lautan kering’,” kata Badrun Mohd.

Anda ada peribahasa untuk dikongsi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN