Chelsea tidak dilayan adil - Utusan Malaysia

Chelsea tidak dilayan adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Chelsea, Frank Lampard mendakwa pasukannya tidak dilayan adil pada persaingan Liga Perdana Inggeris apabila terpaksa beraksi dua kali dalam tempoh 48 jam.

Blues akan berkunjung ke Arsenal dalam aksi ‘Boxing Day’, pagi ini (pukul 1.30 pagi Ahad) sebelum melayan kunjungan Aston Villa 48 jam selepas itu.

Manchester City turut mengharungi jadual perlawanan yang sama tetapi Liverpool, Tottenham dan Manchester United masing-masing mempunyai rehat tiga hari untuk aksi kedua pada perayaan Krismas.

“Dua perlawanan dalam dua hari. Saya bukan berlagak pandai tetapi ia sangat penting buat kami.

“Ada pasukan lain yang turut menjadi pencabar kejuaraan liga bermain dua perlawanan dalam tempoh tiga hari.

“Saya tahu apa akan berlaku jika ia diubah kerana perlawanan ini melibatkan siaran langsung.

“Kami akan menentang Arsenal pada ‘Boxing Day’ dan aksi seterusnya pada Isnin minggu pertama Januari.

“Aston Villa juga mahu perkara ini diubah. Kami nyata dipinggirkan EPL dan penyiar televisyen,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN