Chelsea bukan calon juara - Lampard - Utusan Malaysia

Chelsea bukan calon juara – Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Frank Lampard menegaskan, Chelsea bukan calon juara Liga Perdana musim ini selepas terlepas peluang untuk kembali ke puncak ekoran kekalahan 1-0 kepada Everton di depan 2,000 penyokong di Goodison Park pagi tadi.

Blues sebelum ini mengharungi 17 perlawanan tanpa kalah selepas membelanjakan 220 pound juta (RM1.178 bilion) dalam pasaran perpindahan pemain, meletakkan mereka sebagai antara pilihan utama bersama Liverpool, Tottenham dan Manchester City.

Lampard bagaimanapun berkata, pasukannya hanya pencabar ‘muda’ selepas  dikecewakan oleh sepakan penalti Gylfi Sigurdsson pada minit ke-22.

“Ramai yang berkata Chelsea akan menjuarai liga kerana kami ada skuad terbaik, ia sesuatu yang gila.

“Apabila anda bercakap mengenai skuad terbaik, anda kena lihat kelab yang menang dalam tempoh dua, tiga atau empat tahun.

“Pasukan mereka penuh dengan penyerang dan sayap yang menjaringkan 30 atau 40 gol semusim, pemain tengah yang memenangi pelbagai gelaran liga di pelbagai tempat.

“Kami juga ada pemain yang bagus tetapi mereka masih muda. Sebagai satu pasukan, kami belum berada di situ (calon juara),” kata Lampard. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN