Breakdance masuk Sukan Olimpik 2024 - Utusan Malaysia

Breakdance masuk Sukan Olimpik 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE, Switzerland: Sukan Olimpik semakin berkembang apabila acara yang dianggap ‘urban’, breakdance mendapat tempat dalam temasya Paris 2024.

Selain tarian breakdance, tiga lagi sukan baharu yang disenaraikan dalam temasya itu papan selaju (skateboard), luncur ombak dan memanjat dinding (wall climbing).

Empat sukan berkenaan dimasukkan selepas Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) bersidang bagi mengesahkan program Paris 2024 di sini semalam.

Papan selaju.

Papan selaju, memanjat dan luncur ombak sudah dimasukkan dalam program Tokyo 2020 yang akan berlangsung tahun depan selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19 tahun ini.

Menurut Presiden IOC, Thomas Bach, pengenalan acara ‘breaking‘ (istilah untuk breakdance) adalah salah satu keputusan dalam Agenda Olimpik 2020.

“Kami mempunyai keutamaan untuk memperkenalkan sukan popular dalam kalangan generasi muda dan mengambil kira faktor ‘urbanisasi’ sukan berkenaan,” kata Bach.

Breakdance tampil buat kali pertama pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires dalam bentuk pertarungan satu lawan satu.

Penari Rusia, Sergei Chernyshev yang bertanding di bawah nama Bumblebee, memenangi emas lelaki manakala Ramu Kawai dari Jepun muncul juara perempuan. – AFP

Luncur ombak.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya