Bin Shen suntikan baharu badminton negara - Utusan Malaysia

Bin Shen suntikan baharu badminton negara

TAN Bin Shen akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 13 Januari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pada usia 36 tahun, Tan Bin Shen bakal memperkuatkan beregu lelaki negara dengan kembali ke pangkuan skuad badminton kebangsaan hari ini.

Bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Asia itu akan membantu ketua jurulatih, Flandy Limpele di bahagian beregu lelaki bermula.

Bahagian beregu wanita pula menyaksikan Hoon Thien How bakal bergandingan dengan Chan Chong Ming.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann percaya, pengalaman yang dimiliki Flandy sangat penting tetapi pendekatan komunikasi berkesan yang dimiliki Bin Shen akan saling melengkapi.

“Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang atau menyamai barisan pemain utama dunia.

“Bin Shen akan tiba lebib awal untuk menyesuaikan diri dengan pasukan yang bakal menyertai Sirkit Asia di Thailand, tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini BAM mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak tiga jurulatih kebangsaan iaitu Rosman Razak, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui selepas gagal memberikan keputusan cemerlang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya