Benzema bawa Real ke aksi kalah mati - Utusan Malaysia

Benzema bawa Real ke aksi kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Dua gol Karim Benzema memastikan juara 13 kali, Real Madrid tidak menanggung aib, sebaliknya mara ke saingan 16 akhir Liga Juara-Juara dengan menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-0 pagi tadi.

Kemenangan itu pastinya mengurangkan tekanan pengurus pasukan, Zinedine Zidane yang berada di ambang penyingkiran ketika turun ke padang.

Real memulakan saingan di kedudukan ketiga Kumpulan B, berdepan risiko untuk tidak layak ke saingan kalah buat pertama kali dalam sejarah dan turun ke Liga Europa, namun mereka mempamer aksi terbaik di Stadium Alfedo di Stefano.

Skuad Los Blancos menamatkan saingan sebagai juara kumpulan dengan 10 mata, dua mata mengatasi Moenchengladbach yang muncul naib juara.

Bekas juara, Inter Milan tersingkir dari kejohanan kelab elit Eropah itu selepas sekadar seri 0-0 dengan Shakhtar Donetsk dalam satu lagi pertembungan Kumpulan B.

“Setiap pertarungan ibarat final, jadi kami sentiasa memberikan aksi terbaik seperti hari ini. Tiada pasukan akan mengecewakan kami.

“Objektif kami untuk menamatkan saingan di tempat pertama dan ia telah tercapai,” kata Zidane dengan penuh bangga kepada Movistar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya