Benzema akhirnya 'dipandang' - Utusan Malaysia

Benzema akhirnya ‘dipandang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Selepas bertahun-tahun dibayangi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, Karim Benzema akhirnya muncul penyerang digeruni dalam Liga Sepanyol, malah bola sepak dunia mula menyedari kehadiran pemain Perancis itu.

Dia kini berkongsi senarai penjaring terbanyak La Liga bersama Gerard Moreno (Villarreal) dan Iago Aspas (Celta Vigo) dengan lapan gol, satu gol mengatasi Luis Suarez, Mikel Oyarzabal serta Messi.

Apa yang menariknya, tiada satu pun jaringan dihasilkan menerusi sepakan penalti berbanding penjaring yang lain.

Benzema tidak pernah menjadi pilihan untuk mengambil penalti buat Real Madrid. Selama bertahun-tahun tugas itu digalas oleh Ronaldo dan sekarang Sergio Ramos.

Apabila dia diperlukan untuk mengambil sepakan penalti, tidak pernah sekali pun gagal. Benzema sudah menyempurnakan 11 daripada 11 tendangan.

KARIM Benzema (kanan) kini tidak lagi dibayangi oleh Cristiano Ronaldo.

Selama bertahun-tahun Ronaldo menjadi watak utama Real, namun ketiadaan bintang Portugal itu membolehkan Benzema, 33, yang menyertai Los Blancos sejak 2009 akhirnya mula ‘dipandang’.

Ketika kali pertama Zinedine Zidane membimbing Real, Ronaldo menyumbang 28 peratus gol buat pasukan itu.

Apabila Zidane kembali buat kali kedua ke Madrid, Benzema menyumbang 29 peratus gol Real.

Sekarang waktu terbaik buat Benzema menerima pengiktirafan sekurang-kurangnya sekali sebelum bersara dengan menjulang Trofi  Pichichi, anugerah penjaring terbanyak La Liga.

Selepas sudah bertahun-tahun dipinggirkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps, Benzema boleh memberi sepenuh tumpuan kepada Real.

Bekas jurulatih Real, Jose Mourinho kini mungkin menyesali kata-kata yang pernah dilemparkan kepada Benzema.

“Apabila saya tidak mempunyai ‘anjing’, saya terpaksa menggunakan kucing untuk memburu,” kata Mourinho ketika membandingkan Benzema dengan Ronaldo atau Gonzalo Higuain.

KARIM Benzema (kiri) bersama Jose Mourinho.

Selepas 15 perlawanan, Real, juara bertahan La Liga kini menghuni tangga kedua dengan berkongsi 32 mata bersama pendahulu liga, Atletico Madrid.

PENJARING TERBANYAK LA LIGA

Karim Benzema  8
Iago Aspas            8
Gerard Moreno    8
Mikel Oyarzabal   7
Luis Suarez            7
Lionel Messi          7

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN