Barisan kedua Reds seri di Denmark - Utusan Malaysia

Barisan kedua Reds seri di Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HERNING, Denmark: Liverpool yang sudah mengesahkan tiket saingan kalah mati lebih awal merehatkan beberapa tonggak utama ketika seri 1-1 dengan Midtjylland dalam aksi terakhie Kumpulan D Liga Juara-Juara pagi tadi.

Biarpun gagal mengutip tiga mata, keputusan itu tidak menjejaskan kedudukan Reds selaku juara kumpulan dengan 13 mata, dua mata di depan Atalanta yang menyingkirkan Ajax 1-0.

Mohamed Salah yang bergandingan dengan Diego Jota dan Divock Origi meledak gol Reds seawal minit pertama, sekali gus muncul penjaring terbanyak Liverpool sepanjang zaman dalam Liga Juara-Juara.

Penalti Alexander Scholz pada minit ke-62 menyamakan kedudukan buat juara Denmark itu, namun hasrat Scholz untuk memberikan kemenangan buat tuan rumah dinafikan selepas gol keduanya dibatalkan akibat ofsaid.

Jurgen Klopp melakukan lapan pertukaran terhadap skuad yang menang 4-0 ke atas Wolverhampton dalam aksi domestik, Ahad lalu.

Pemain remaja berusia 19 tahun, Leighton Clarkson diberi kepercayaan mengetuai bahagian tengah bersama Takumi Minamino dan Naby Keita.

Konstantinos Tsimikas pula mengisi bek kiri, manakala Rhys Williams menjaga pertahanan tengah bersama Fabinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya