Arsenal setakat No. 12? - Utusan Malaysia

Arsenal setakat No. 12?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal yang mengharungi kempen sukar Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dijangka terus bergelut, namun tidaklah sampai turun liga.

Selepas mengharungi 14 perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Mikel Arteta hanya mengumpul 14 mata, empat mata dipisahkan dari zon penyingkiran.

Gunners menduduki tangga ke-15 liga, dan mengikut ramalan portal berita FiveThirtyEight, kedudukan terbaik boleh diraih kelab London itu adalah tangga ke-12 dengan 50 mata.

Biarpun diramal tidak akan tersingkir ke Liga Kejuaraan, namun tempat ke-12 bukanlah penamat yang diharapkan Arsenal selepas berbelanja besar untuk membawa masuk pemain seperti Thomas Partey dan Gabriel Magalhaes.

Menurut ramalan tersebut Arsenal hanya memiliki dua peratus peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Begitupun sedikit berita baik, risiko pasukan itu tersingkir dari EPL hanya tiga peratus berbanding West Brom (89 peratus), Sheffield United (82 peratus) dan Fulham (46 peratus).

MANCHESTER City dijangka mengetepikan Liverpool untuk muncul juara EPL musim ini.

Ramalan dibuat berdasarkan data dan statistik semasa perlawanan, dan agak mengejutkan FiveThirtyEight menjangkakan Manchester City bakal merangkul kejuaraan biarpun ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Skuad bimbingan Pep Guardiola diramal mengetepikan Reds menerusi perbezaan dua gol selepas kedua-dua pasukan terikat 80 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya