Apa nasib Bos Gaurus? - Utusan Malaysia

Apa nasib Bos Gaurus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketika rakyat Perak menanti dengan penuh debaran siapa akan dilantik Menteri Besar baharu, penyokong Perak bimbang dengan masa depan pasukan Bos Gaurus berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Sabtu lalu.

Ahmad Faizal dijangka turut melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) ketika pasukan dalam persiapan akhir menghadapi Liga Malaysia (Liga M) 2021, perkembangan yang meresahkan penyokong.

“Apa akan jadi kepada pasukan bola sepak Perak kerana Pafa kini ibarat kapal tiada nakhoda,” kata seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan.
Kata Roslan, seperti biasa Pafa akan menjalani proses pemilihan semula kepimpinan yang akan mengambil sedikit masa.

“Proses mencari pengganti sesuai bukan mudah. Ahli gabungan pasti mahukan calon berwibawa untuk mengisi kekosongan itu,” katanya.

Berbanding sebelum ini, kedudukan Perak sebagai kelab bola sepak (FC) juga perlu diambil kira bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta tidak bertentangan dengan perlembagaan.

Banyak urusan bersangkutan bola sepak musim 2021 perlu diselesaikan kecuali jika Ahmad Faizal dan ‘pasukannya’ sudah membereskan segala hal berkaitan Perak FC.

Lebih penting ialah pembentukan pasukan Liga Super bagi menghadapi musim baharu kerana penyokong berada dalam kegelapan mengenai skuad yang diuruskan Datuk Adly Shah Ahmad Tah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya