Hilang separuh beban Arsenal - Utusan Malaysia

Hilang separuh beban Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta mengakui, Arsenal amat terdesak untuk mengalahkan Chelsea dan kemenangan 3-1 awal pagi menjadi titik kebangkitan kelab dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Skuad bimbingan Arteta hanya dipisahkan empat mata dari zon penyingkiran sebelum perlawanan di Stadium Emirates selepas mengalami permulaan musim terburuk sejak 1974/1975.

Bagaimanapun Gunners mempamer prestasi terbaik musim ini untuk melakar kemenangan ke atas seteru London itu.

Alexandre Lacazette membuka jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Granit Xhaka meledak gol kedua sebelum tamat babak pertama.

Alexandre Lacazette (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea semalam.

Bukayo Saka menjaringkan gol ketiga Arsenal selepas separuh akhir kedua bersambung, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama mereka dalam lapan perlawanan.

Tammy Abraham menjaringkan gol pada lewat babak perlawanan buat Chelsea yang turut menyaksikan Jorginho gagal menyempurnakan penalti pada minit akhir permainan.

“Kemenangan yang amat penting bagi pasukan. Kami sangat kecewa dengan keputusan sebelum ini.

“Pemain dan peminat menderita, hari ini sangat istimewa. Tiada yang lebih baik daripada kemenangan ini…bermain pada Boxing Day.

“Harap ia akan menjadi titik perubahan dan meningkatkan keyakinan pasukan. Saya tahu mereka boleh bermain ke tahap seperti ini,” kata Arteta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN