Waktu pemain bukti kemampuan - Utusan Malaysia

Waktu pemain bukti kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mahu 13 pemain pemain terbaik dalam ranking remaja kebangsaan memberikan aksi yang terbaik di 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir yang akan bermula esok.

Bagi Choong Hann, inilah masa yang sesuai untuk membuktikan mereka bersedia untuk melangkah masuk ke dalam kumpulan elit skuad badminton negara.

“Sudah tentu acara ini akan memberi peluang kepada pemain untuk menambahkan ilmu dari segi kemahiran, kebijaksanaan dan taktikal yang boleh dicontohi.

“Menerusi pertandingan ini, kita (jurulatih) boleh menilai mana mana potensi pemain remaja yang diserap ke dalam pasukan senior dengan lebih telus,” kata Choong Hann.

Wong Choong Hann

Beliau juga mengingatkan pemain senior yang beraksi kelak untuk memberikan 100 peratus dan mempamerkan permainan yang terbaik terutama mengendalikan tekanan.

Meskipun bermain dengan pemain remaja, pertandingan ini juga platform untuk mereka menilai kekurangan dan prestasi semasa selain ketiadaan pertandingan kompetitif ketika ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan Covid 19.

Ini kerana barisan pemain remaja pimpinan Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Misbun Sidek yang turun beraksi adalah dalam kalangan yang terbaik dan pasti mahu mencari keputusan positif selepas lebih lima bulan berkampung di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Apabila persaingan menjadi sengit, sudah tentu tekanan untuk menang semakin tinggi. Adakah mereka mampu untuk beraksi secara 100 peratus? Inilah yang mahu kita nilai bagaimana mereka mengendalikan tekanan,” katanya lagi.

Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir bermula dari 18 hingga 21 November dan akan berlangsung di ABM, Bukit Kiara melibatkan acara perseorangan dan beregu lelaki serta perempuan.

Seramai 13 pemain remaja terpilih adalah mereka yang beraksi ketika peringkat kumpulan dari 12 hingga 16 Oktober lalu.

Mereka terdiri daripada; tiga perseorangan terbaik lelaki kumpulan A iaitu Justin Hoh, Jacky Kok Jing Hong dan Ong Ken Yon.

 

Dua pemain terbaik kumpulan A bagi perseorangan perempuan, Myisha Mohd. Khairul dan Tan Zhing Yi adalah serta dua gandingan beregu lelaki,  Wan Arif Junaidi dan Muhd. Haikal Nazri serta Beh Chun Meng dan Goh Boon Zhe.

Dua beregu perempuan pula Cheng Su Yin dan Goh Pei Kee serta pasangan Low Yeen Yuan dan Valerie Siow.

Pemain simpanan yang beraksi adalah Lee Shun Yang,  Ter Chun Long dan Wyman Goh manakala Eoon Qi Xuan dan K. Letshaana akan beraksi dalam saingan perseorangan perempuan.

Choong Hon Jian-Nur Firdaus Azman dan Lwi Sheng Hao-Yap Roy King akan beraksi dalam beregu lelaki, sementara Pearly Tan-Toh Ee Wei serta Yap Ling dan Teoh Mei Xing beregu perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya