LONDON: Tottenham merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Manchester City 2-0 pagi tadi.
Ini kali pertama Spurs mendahului liga dalam tempoh enam tahun berterima kasih kepada jaringan Son Heung-min dan Giovani Lo Celso.
Heung-min membuka jaringan seawal minit kelima selepas menyempurnakan hantaran Tanguy Ndombele untuk meledak gol ke-11nya musim ini.
Lo Celso yang masuk sebagai pemain gantian hanya memerlukan 35 saat untuk menjaringkan gol hasil hantaran Harry Kane.
Genap setahun pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus, Tottenham belum tewas dalam lapan perlawanan liga sejak kekalahan kepada Everton pada minggu pembukaan.
“Pemain-pemain memberikan segalanya dan mengikut strategi. Mereka amat menakjubkan.
“Kami menemui cara untuk bermain dan ia cukup hebat dapat melihat permainan mereka,” kata Mourinho. – AFP