KUALA LUMPUR: Ekoran pembatalkan Piala Malaysia yang sebelum ini manawarkan slot Piala AFC dibatalkan bermakna slot itu menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) semalam, mengumumkan Piala Malaysia dibatalkan, selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menolak rayuan badan pengelola bola sepak itu untuk meneruskan kejohanan secara berpusat, kelmarin.
Beliau meminta kejohanan itu ditunda ke bulan depan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan skuad Penyu yang menduduki tangga ketiga Liga Super, meraih slot Piala AFC 2021 sejurus pembatalan Piala Malaysia.
“Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas juga memutuskan bahawa tempat ketiga CIMB Liga Super iaitu TFC akan mendapat slot Piala AFC 2021 selepas Piala Malaysia dibatalkan.
“Tahun ini adalah detik cukup sukar buat bola sepak di mana banyak kekangan dan halangan yang kita tempuhi tetapi saya berharap kita semua kekal patuhi SOP serta harus bangkit untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam misi memastikan bola sepak tempatan kembali bernyawa.
“Saya juga berharap pasukan-pasukan yang telah menamatkan kempen Liga Malaysia musim ini akan bersedia untuk persiapan musim 2021,” katanya.