Stadium sempena nama Maradona - Utusan Malaysia

Stadium sempena nama Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NAPLES: Datuk Bandar Naples, Luigi De Magistris mahu Napoli menamakan Stadium San Paolo bersempena dengan nama mendiang Diego Maradona.

Maradona mengejutkan dunia selepas disahkan meninggal dunia pada usia 60 tahun malam tadi akibat serangan jantung.

Sebelum itu, legenda Argentina itu mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk menjadi pembedahan otak bagi membuang darah beku.

Pemergian Maradona diratapi seluruh dunia termasuk di Argentina dan Napoli yang pernah disertainya pada 1984-1991 selaku pemain.

De Magistris menggesa penduduk bandar itu untuk memberi penghormatan kepada Maradona yang disifatkan sebagai ‘anak angkat’ kesayangan bandar itu.

“Kami akan menamakan Stadium San Paolo bersempena dengan nama Diego Armando Maradona.

“Diego Armando Maradona, pemakn terhebat sepanjang zaman sudah meninggal dunia dan dia menjadikan Naples berjaya menggapai impian sebelum ini,” katanya menerusi laman Twitter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya