‘Semuanya bakal terjawab hari ini’ - Utusan Malaysia

‘Semuanya bakal terjawab hari ini’

NORIZAM TUKIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengambil pendekatan ‘mengunci’ mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu empat individu berpengaruh dalam bola sepak tempatan dikatakan cuba menipu pasukan itu.

Norizam atau Zamsaham berkata, pendekatan itu diambil bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif yang boleh memburukkan lagi nama The Red Warriors (TRW).

“Apa pun, kita tunggu 26 November ini (hari ini). Semuanya akan terjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, empat individu berpengaruh dalam bola sepak tempatan dikatakan bakal dikenakan tindakan undang-undang akibat menipu pemilik Kelantan FC.

Kelantan FC menerusi laman Facebook rasmi pasukan itu memuat naik pemakluman yang memberitahu, pihaknya sudah menerima surat permohonan maaf dan penangguhan kali kedua dari empat wakil individu itu pada pukul 2.30 petang semalam.

Empat individu itu turut berjanji melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi yang dijanjikan sebelum 26 November.
Jika empat individu itu gagal melaksanakannya, Kelantan FC akan meneruskan dengan tindakan undang-undang termasuk saman bagi mendapatkan ganti rugi atas kerosakan yang telah berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya