Semua pasukan Liga M perlu ikut prosedur - Utusan Malaysia

Semua pasukan Liga M perlu ikut prosedur

GHANI AB HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) kini perlu mengikut prosedur yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi membawa jurulatih dan pemain import baharu untuk menguatkan pasukan musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan mengesahkan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah itu juga telah meluluskan prosedur Pengambilan dan Pendaftaran Pemain dan Pegawai Asing Musim 2021 di mana prosedur ini juga
telah dibentangkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Pasukan-pasukan yang hendak mengambil dan mendaftar pegawai dan pemain asing dari luar negara hendaklah memohon secara terus melalui surat rasmi kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

“Selain itu mereka perlu menyertakan maklumat seperti senarai nama Pegawai dan Pemain yang hendak didaftarkan, salinan pasport pegawai dan pemain yang sah dan maklumat berkaitan negara asal dari mana kemasukan pegawai dan pemain berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah bermula musim 2021 dan seterusnya semua pemain yang berdaftar di dalam pasukan Liga Super dan Liga Perdana wajib menandatangani kontrak sebagai pemain profesional termasuk pemain pasukan-pasukan PDRM dan ATM.

Pemain profesional tempatan atau pemain asing mestilah menandatangani kontrak seperti disediakan dan ditetapkan oleh pihak FAM sahaja dan lain-lain kontrak adalah tidak diterima.

Beliau juga berharap saingan Liga M musim depan akan lebih baik selepas proses peralihan semua pasukan yang bersaing daripada FA kepada FC telah dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya