Mo Salah positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Mo Salah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool semakin parah apabila menerima perkhabaran bintang penyerangnya, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

“Ujian swab (calitan) yang dilakukan ke atas pasukan utama Mesir menunjukkan pemain kami,  Mohamed Salah yang juga bintang Liverpool dijangkiti Covid-19.

“Ujiannya positif walaupun dia tidak mengalami sebarang gejala,” kata kenyataan itu.

Salah, 28, berada pada prestasi terbaiknya dengan meledak 10 gol daripada 13 penampilan buat Reds musim ini.

Berita terbaharu ini tamparan hebat buat Liverpool yang sudahpun kehilangan Virgil van Dijk dan Joe Gomez akibat kecederaan serius.

Alisson, Joel Matip, Fabinho, Thiago Alcantara dan Trent Alexander-Arnold juga terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Salah pemain ketiga Reds dijangkiti Covid-19 selepas Sadio Mane dan Thiago yang sudah sembuh.

Saingan Liga Perdana Inggeris kini berehat bagi memberi laluan kepada saingan antarabangsa dan Liverpool dijadual kembali beraksi pada 21 November bertemu pendahulu liga, Leicester City.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya