Safawi sekali lagi jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Safawi sekali lagi jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nama Safawi Rasid sekali lagi tersenarai dalam skuad utama Portimonense SC yang akan menentang Desportivo Nacional dalam Liga Primeira Portugal pukul 11 malam ini.

Persoalannya, apakah bintang sayap Harimau Malaya itu akhirnya akan mendapat kepercayaan jurulatih, Paulo Sergio untuk diturunkan buat kali pertama.

Jika sebelum ini gambar Safawi menjalani latihan sering dimuatnaik Portimonense setiap kali kelab bakal menghadapi sesuatu perlawanan, namun sejak beberapa hari lalu aksi pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu tidak lagi mengisi media sosial mereka.

Malah, selepas teruk ‘di­serang’ penyokong Malaysia kerana Safawi tidak diturunkan dalam perlawanan menentang kelab divisyen tiga, UD Leiria pada saingan Piala Portugal, 21 November lalu,

Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Robsen Pontes tampil menenangkan keadaan.

“Safawi adalah pemain berkualiti dan jurulatih sedang membantunya untuk tampil dalam pasukan sekali gus me­raih penampilan pertama de­ngan kelab.

“Semua pihak di kelab gembira dengan kemajuan Safawi dan kami hanya menunggu masa sesuai untuk menurunkannya,” katanya kepada media Portugal beberapa hari lalu.

Selepas dua kali membawa perlawanan Portimonense secara langsung, Astro Arena tidak akan menyiarkan pertemuan menentang Nacional hari ini.

Sepanjang lebih sebulan tiba di Portugal selepas dipinjamkan semusim oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi hanya beraksi selama 56 minit bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense menentang Sporting Lisbon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya