Safawi pilih hotel berbanding rumah tepi pantai - Utusan Malaysia

Safawi pilih hotel berbanding rumah tepi pantai

SAFAWI Rasid menjalani kecergasan di fizikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesukaran mendapatkan makanan menyebabkan Safawi Rasid memilih untuk menginap di hotel berbanding pangsapuri tepi pantai sepanjang berada di Portugal.

Safawi atau lebih mesra disapa Pawi mengakui, tinggal di hotel memudahkan dia mendapat akses kepada pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang pemain bola sepak.

“Saya pilih duduk hotel kerana mudah untuk makan, gimnasium dan rasa lebih selamat. Penyokong di sini boleh tahan fanatik.

“Dari hotel untuk ke tempat latihan lima minit dan bandar di sini seperti pekan di Terengganu. Sukar juga nak cari makanan di sini sebenarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Ketika ditanya mengenai keadaan pandemik Covid-19 di Portugal, pemain berusia 23 tahun itu mengakui jumlah kes di negara tersebut lebih tinggi berbanding di Malaysia.

“Kes di sini lebih kurang lima hingga enam ribu sehari di bandar utama tapi perlawanan bola sepak tetap dijalankan,” katanya.

Safawi yang tiba di Portugal pada awal Oktober lalu masih menunggu peluang untuk diturunkan buat kali pertama dalam skuad utama Portimonense.

Peluangnya dijangka cerah apabila kelab tersebut turun menentang  pasukan divisyen tiga, UD Leiria dalam saingan Taca de Portugal (Piala Portugal)  esok (5 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya