Red Giants bentuk gandingan Ike-Dayo? - Utusan Malaysia

Red Giants bentuk gandingan Ike-Dayo?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor FC bakal memiliki jentera sera­ngan ampuh musim depan apabila semakin hampir menandatangani penyerang prolifik Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi.

Seandainya rundingan berjaya, Shahrel yang meledak 10 gol dalam 11 perlawanan musim lalu akan bergandingan bersama pemenang Kasut Emas Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun yang menjaringkan 12 gol.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar mengakui dalam fasa akhir untuk memeterai perjanjian bersama Shahrel yang lebih dikenali dengan gelaran Ike dalam kalangan peminat bola sepak.

Mereka juga dalam rundingan untuk menyambung kontrak penyerang kelahiran Nigeria, Ifedayo biarpun pemain itu dikatakan menuntut kenaikan gaji selepas kejayaan muncul penjaring terbanyak.

FAS juga sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pasukan termasuk Perak dan Pahang bagi menguatkan Red Giants musim.

“Shahrel Fikri memang pemain yang bagus dan kami sedang dalam fasa akhir rundingan cuma belum ada sebarang perjanjian buat masa sekarang tetapi saya boleh katakan, tidak lama lagi semua akan selesai.

“Agak rugi jika Selangor tidak menyambung kontrak Ifedayo. Kalau kita lihat, dia menyerlah musim lalu khususnya pada peng­hujung musim, jadi memang pelik kalau kami biarkan dia pergi musim hadapan.

“Dengan kehadiran pengendali baharu (Karsten Neitzel), kemasukan beberapa pemain yang betul, Selangor boleh menjadi pencabar kejuaraan Liga Super musim depan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Selangor juga sedang mengintai dua pemain muda Tok Gajah, R. Dinesh (pertahanan) dan Sharif Haseefy Lazim (tengah).

Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 akan mula dibuka esok sehingga 14 Februari tahun depan, manakala sesi perpindahan kedua akan berlangsung dari 12 Julai-8 Ogos 2021.

SPEKULASI PERPINDAHAN SELANGOR

PEMAIN KELUAR
» K. Sarkunan
» Rufino Segovia
» Taylor Regan
» Sandro da Silva
» Farizal Harun
» Khyril Muhymeen Zambri
» Zahril Azri Zabri
» Anwar Ibrahim
» Nicholas Ryan Swirad

DIKAITKAN
» Shahrel Fikri Md. Fauzi
» Faisal Halim
» R. Dinesh
» Sharif Haseefy Lazim
» Shahrul Saad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya