Pulau Pinang mahu jadi 'pengintip' - Utusan Malaysia

Pulau Pinang mahu jadi ‘pengintip’

PEMAIN Pulau Pinang meraikan kejayaan menewaskan Felda United semalam. - IHSAN PENANG FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang berhasrat menjadi ‘pengintip’ dalam pertemuan melibatkan UiTM FC dan Kelantan pada malam ini selepas mereka berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2006.

Jurulatihnya, Manzoor Azwira berkata, dia tidak kisah bertemu sama ada UiTM FC mahupun Kelantan di suku akhir minggu depan memandangkan setiap pasukan memiliki kelebihan tersendiri.

“Kedua-dua pasukan sama kuat dan ada kelebihan tersendiri. Kelantan dari segi semangat, mereka memiliki jurulatih Yusri Che Lah yang kita tahu dia boleh membuat sesuatu di luar jangkaan.

“UiTM FC pula berpengalaman di Liga Super. Mereka agak konsisten dalam saingan divisyen pertama itu selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Kami akan menyaksikan perlawanan mereka Ahad ini dan membuat ulangkaji selepas itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas membimbing skuad Harimau Kumbang menumpaskan Felda United 3-1 dalam pusingan pertama Piala Malaysia, kelmarin.

Mengulas lanjut, Manzoor berkata, dia menzahirkan rasa gembira di atas kemampuan anak-anak buahnya biarpun hampir sebulan tidak beraksi di pentas kompetitif.

“Saya sangat gembira kerana bermain dengan penuh semangat. Saya harap mereka mengekalkan momentum ini untuk permainan seterusnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya