PSG terkulai tanpa Neymar, Mbappe - Utusan Malaysia

PSG terkulai tanpa Neymar, Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG, Jerman: Selepas dibelasah 5-0 oleh Manchester United minggu lalu, RB Leipzig mempamer kebangkitan sempurna apabila mengejutkan naib juara musim lalu, Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pagi ini.

Sepakan penalti Emil Forsberg pada minit ke-57 melengkapkan kebangkitan hebat kelab Jerman itu dan menambah derita PSG yang menamatkan permainan dengan sembilan pemain.

Angel di Maria memberi permulaan baik buat PSG dengan meletakkan mereka di depan seawal minit keenam.

Bagaimanapun beraksi tanpa penyerang terbaik, Neymar dan Kylian Mbappe akibat kecederaan menyukarkan juara Perancis itu untuk menambah jaringan.

Tuan rumah sebaliknya mengejutkan anak buah Thomas Tuchel apabila menyamakan kedudukan menerusi Christopher Nkunku pada minit ke-41.

PSG beraksi baik pada babak pertama, namun sebaik sahaja Leipzig memperoleh sepakan penalti di separuh masa kedua, mereka bagaikan hilang semangat.

Tuan rumah dihadiahkan penalti pada minit ke-57 selepas bola terkena tangan Presnel Kimpembe, dan Forsberg tenang menyudahkan tendangan untuk kemenangan sensasi pasukannya.

Nasib PSG bertambah malang apabila Idrissa Gana Gueye dibuang padang pada minit ke-69 selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengkasari Amadou Haidara.

Memasuki waktu kecederaan, Kimpembe pula dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Kemenangan Leipzig menjadikan persaingan Kumpulan H amat terbuka selepas Manchester United kalah 2-1 kepada Istanbul Basaksehir di Turki.

United masih menerajui kumpulan dengan berkongsi enam mata bersama Leizig, manakala PSG dan Basaksehir masing-masing mengutip tiga mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya