Piala Malaysia tunda, batal atau diteruskan? - Utusan Malaysia

Piala Malaysia tunda, batal atau diteruskan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tunda, batal atau dite­ruskan? Nasib Piala Malaysia yang sudah memulakan kempen sejak Jumaat lalu kini dalam ‘bahaya’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di seluruh negara kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Pahang sudahpun terkubur selepas kalah 3-2 kepada Kedah kelmarin, manakala Perlis tidak terlibat dalam kejohanan kali ini, sekali gus meninggalkan Kelantan satu-satunya pasukan yang masih selamat untuk meneruskan saingan.

Namun apa nasib pasukan lain seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Se­langor, Kuala Lumpur atau Terengganu kerana PKBP akan berkuatkuasa bermula esok dan suku akhir pula bermula Jumaat depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ghani Hassan ketika dihubungi Mingguan Malaysia memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut minggu depan.

“Esok atau Selasa saya akan buat kenya­taan akhbar,” kata­nya ringkas.

Setakat petang semalam, status Covid-19 di Malaysia menca­tatkan 1,168 kes baharu dengan kesemuanya melibatkan kes tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN