Penalti selamatkan Manchester United - Utusan Malaysia

Penalti selamatkan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Sepakan penalti Bruno Fernandes yang diambil dua kali berjaya menyelamatkan Manchester United selepas memberi kemenangan tipis 1-0 ke atas West Brom pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan deretan enam perlawanan Liga Perdana tanpa kemenangan di Old Trafford.

Fernandes menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan Sam Johnstone tetapi dibenarkan mengambil semula tendangan selepas penjaga gol itu didapati melepasi garisan pada sepakan pertama.

United sebelum itu diselamatkan oleh video bantuan pengadil (VAR) apabila lawan tidak diberikan sepakan penalti ekoran kekasaran Fernandes ke atas Conor Gallagher.

“Amat penting untuk memenangi perlawanan ini, bukan kerana ia kemenangan pertama kami di Old Trafford, tetapi kerana kami memerlukan mata.

“Kami boleh melakukannya dengan lebih baik, kami mempunyai kualiti untuk meningkat,” kata Fernandes.

Kemenangan itu melonjak skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer ke tangga kesembilan, tujuh mata di belakang pendahulu, Tottenham yang bermain lebih satu perlawanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya