Pemain Indonesia jual makanan di jalanan, jadi pengawal keselamatan - Utusan Malaysia

Pemain Indonesia jual makanan di jalanan, jadi pengawal keselamatan

GAMBAR 30 Oktober 2020, pemain Borneo FC, Andri Muliadi membungkus kopi untuk dijual di rumahnya di Banda Aceh. Dia antara pemain bola sepak Indonesia yang terkesan selepas liga dihentikan akibat Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Penundaan perlawanan akibat Covid-19 menyebabkan pemain bola sepak Indonesia amat terkesan.

Selain berdepan pemotongan gaji yang besar, ada yang terpaksa menjual makanan di jalanan atau bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ketika kebanyakan liga di seluruh dunia sudah disambung dan sebahagian besar dimainkan dalam stadium kosong, namun Liga 1 Indonesia tidak akan dimulakan sehingga awal tahun depan kerana kes terus meningkat di Asia Tenggara.

Jurulatih dan pemain yang terpukul dengan pemotongan gaji sehingga 75 peratus meminta kerajaan Indonesia mencontohi negara lain, termasuk negara jiran seperti Malaysia dan Thailand, yang mana bola sepak profesional telah dimulakan dengan sekatan keselamatan Covid-19.

Bagus Nirwanto sudah biasa bermain di depan ribuan penyokong sebagai kapten PSS Sleman tetapi selepas gajinya dipotong separuh, dia beralih menjual beras dan gula secara pukal bersama isterinya.

Dia dan pemain lain berjuang untuk kekal cergas tetapi dalam masa sama bergelut dengan psikologi kerana tidak dapat bermain.

“Saya benar-benar kecewa kerana persaingan ditangguhkan.

“Kami sangat bersemangat dan berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan pertama kami… Sepatutnya kami diizinkan untuk mengadakan permainan tanpa penyokong,” kata Nirwanto, 27, yang pasukannya berpusat di kota Yogyakarta, Indonesia.

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) pada awalnya memberi lampu hijau untuk memulakan perlawanan pada Oktober tetapi kemudian membuat pusingan-U.

Djadjang Nurdjaman, jurulatih PS Barito Putera berkata, penangguhan perlawanan memberi memberi kesan besar kepada dia dan para pemain.

“Semuanya berantakan dan semua yang kami rancangkan hancur. Tiada kepastian. Kami tidak tahu apa yang akan dilakukan (liga).

“Ini memberi kesan serius kepada pemain …Ini tidak masuk akal,” kata Nurdjaman yang melatih pasukan berpangkalan di Kalimantan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya