Neymar atasi rekod Ibrahimovic - Utusan Malaysia

Neymar atasi rekod Ibrahimovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Neymar muncul pemain terpantas meledak 50 gol buat Paris Saint-Germain (PSG) ketika membantu pasukan itu seri 2-2 dengan Bordeaux dalam saingan Ligue 1 pagi tadi.

Penyerang Brazil itu menyempurnakan sepakan penalti untuk mengatasi rekod Zlatan Ibrahimovic.

Neymar memerlukan 58 penampilan untuk mencapai 50 gol dalam saingan Ligue 1 berbanding Ibrahimovic yang mengharungi 59 perlawanan ketika melakukannya.

Dalam aksi di Parc des Princes, gol sendiri Timothee Pembele meletakkan Bordeaux seawal minit ke-10, namun sepakan penalti Neymar menyamakan kedudukan 1-1.

Moise Kean kemudian meletakkan PSG di depan pada minit ke-28 tetapi Yacine Adli kembali menyamakan kedudukan untuk Bordeaux di babak kedua.

PSG akan bertandang ke Old Trafford untuk saingan Kumpulan H, Liga Juara-Juara menentang Manchester United Khamis ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya