Nazrulerwan akur Perak lebih kuat - Utusan Malaysia

Nazrulerwan akur Perak lebih kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jurulatih Kelantan United FC, Nazrulerwan Makmor akur akan kelebihan Perak yang menumpaskan pasukannya 0-4 pada aksi pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Perak di sini, semalam.

Menurutnya, kemenangan itu membuktikan Perak sebuah pasukan yang bagus dan walaupun para pemainnya telah mencuba sebaik mungkin tetapi kesungguhan semata-mata tidak mencukupi.

“Para pemain saya juga melakukan kesilapan yang menyebabkan mereka terhukum dengan dua gol pasukan tuan rumah yang membunuh momentum mereka. 

“Saya sudah ingatkan pemain akan bahaya terhadap gerakan set pieces mereka tetapi kami hilang fokus,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan semalam. 

Apapun Nazrulerwan  berpuas hati dengan persembahan anak didiknya yang cuba melaksanakan perancangan yang dibuat untuk perlawanan itu .

Menurutnya, pemainnya cuba bangkit pada babak kedua dan berjaya mencipta beberapa peluang jaringan tetapi tiada penyudah. 

“Mereka sudah mencuba sedaya upaya tetapi tidak berjaya. Ketika kami rancak menyerang, Perak menambah jaringan sekaligus melenyap impian bangkit,” kata Nazrulerwan. 

Jurulatih itu berkata, pasukan itu mempunyai masa depan yang cerah kerana memiliki khidmat beberapa pemain muda berbakat. 

“Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mengukuhkan pasukan dengan khidmat pemain import lebih berwibawa untuk menghadapi musim baru nanti,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya