Nafuzi harap terus diberi kepercayaan - Utusan Malaysia

Nafuzi harap terus diberi kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC, Mohd. Nafuzi Zain bersedia untuk kekal membimbing pasukan itu musim depan sekali gus meneruskan momentum dalam Liga Malaysia (Liga M) di samping menghadapi saingan lebih mencabar, Piala AFC.

Bagaimanapun, Mohd. Nafuzi menyerahkan soal kedudukannya itu kepada pihak pengurusan yang dijangka membuat keputusan dalam masa terdekat.

“Jika terus diberi kepercayaan tentunya saya menerima tugasan itu dan dalam masa sama dapat menyambung kerja-kerja yang kita usahakan sejak awal musim ini.

“Terima kasih kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang memilih Terengganu FC untuk mengisi slot ke Piala AFC kerana memang itu sasaran pemain dan penyokong selepas kali terakhir melakukannya pada 2012,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut misi mewakili negara ke Piala AFC, jurulatih meningkat naik itu memberi bayangan untuk menjadikan skuad TFC lebih baik berbanding musim ini.

Namun katanya, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu memberikan ‘lampu hijau’ sebelum membuat keputusan berhubung status tonggak import dan tempatan TFC.

“Setiap musim kita perlu bentuk pasukan yang lebih baik daripada sebelumnya, memperkemaskan pemain di samping mencari kelemahan dan kekuatan pasukan.

“Kedudukan pemain import memerlukan perbincangan bersama pihak pengurusan kerana melibatkan belanja besar dan buat masa ini kita selesaikan kontrak yang akan tamat pada bulan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya