Misbun cabar pemain remaja pamer karisma - Utusan Malaysia

Misbun cabar pemain remaja pamer karisma

MISBUN Sidek (kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek berharap kesemua 24 pemain yang beraksi di playoff Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan dapat meningkatkan kemampuan.

Selain kemahiran, legenda badminton negara itu mengharapkan mereka dapat membina karisma untuk terus cemerlang membuat keputusan semasa beraksi dalam gelanggang.

“Saya nak lihat karisma mereka, sebagai contoh bagaimana dia bergerak, tahap kecergasan, kawalan bola dan melakukan sentuhan dan kemahiran teknikal serta mencari mata menggunakan corak taktikal tersebut.

“Menang atau kalah tidak mengapa, tetapi apa yang penting adalah mereka menunjukkan karisma seperti yang telah saya sebutkan dan ia akan membantu dalam menentukan apa lagi yang pemain ini perlukan untuk terus maju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan akan bermula hari ini sehingga 6 November ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Sementara itu, V. Poopathy mahu menebus kekecewaan selepas gagal beraksi dengan baik di Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu selepas menduduki tangga ke 9 dengan hanya meraih dua kemenangan dalam sembilan perlawanan.

“Ketika itu tahap keyakinan menurun kerana hampir tewas semua perlawanan, tetapi jurulatih, ahli keluarga dan rakan rakan memberi kata kata semangat.

“Sepanjang sesi latihan saya fokuskan kekuatan stamina dan mental ketika di gelanggang. Sudah tentu saya mahukan kemenangan untuk kekal dalam Divisyen 1. Sudah tentu pemain pemain lain turut menyasarkan kemenangan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya